Friday, October 29, 2004
Syukur

Kadangkala apabila kita bersendirian, kenangan datang menggamit yang mampu membuatkan kita tersenyum mahupun terfikir sejenak. Kenangan, pengalaman, pengajaran kesemuanya adalah perkara yang telah berlalu yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Hari raya tidak terlepas daripada kelompok nostalgia ini. Saya cuba meraikan hari raya seperti orang lain meraikannya. Begitupun, barangkali atas kenangan lalu, hari raya kali ini adalah kesinambungan daripada hari raya beberapa tahun sebelum ini.

Apapun, saya perlu bersyukur kerana diberi peluang untuk meraikan hari raya dengan hati aman dan selamat, dua aset yang tiada nilai, tiada bandingan dan tiada tukar ganti. Lagu rojak bukan kegemaran saya namun mesej lagu ini sedikit sebanyak memberi saya semangat untuk meraikan raya kali ini dengan rasa syukur.

Alhamdulillah

Disaat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi
digunakan untuk menerka
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi-sendir
yang biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha
(I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha
(Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma
(Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana
(Let's avoid all lies and sins)


Merenungi luar jendela
mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus
ada melencong ada yang lurus
bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar
kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba
hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira
dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula
hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Aku yang memandang di dalam lubuk hati
mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai
lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar
kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku
semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi
moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Artis : Too Phat/Yasin, DianSastrowardoyo, Ahli Fiqir


Posted at 11:42 pm by idamann

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 








 
<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31






 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed